Bismillahirrahmanirrahim

SAMAK RUMAH KULIM , PENANG & SEKITARNYA

SAMAK RUMAH

Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk menyamak rumah di Mengkuang Height, Pulau Pinang disebabkan anjing yang dipercayai masuk ke dalam rumah dan tuan rumah was-was. Proses tidak semudah yang disangka. Walaupun sekarang ni telah banyak produk seperti sabun Taharah bagi memudahkan kita untuk menyamak rumah atau sertu, kami tetap menggunakan tanah suci, tanah ini boleh didapatkan di Jakim.




Proses menyamak rumah ini seperti yang disyariatkan 1 kali air tanah & 6 kali bilasan air biasa. Di samping itu, bilasan juga perlu dibuat di bahagian dinding dalam 4-6 kaki. Proses menyamak rumah perlu dilakukan dengan penuh kesabaran. Walaupun pinggang terasa nak tercabut dek menarik air bilasan yang ke 6 & 7 itu, disebabkan kerja kami tetap sabar dan terus cuba siapkan dalam masa sehari untuk rumah 2 tingkat bunglow. Alhamdulillah kami berjaya siap.



Servis kami di sekitar Kulim, Pulau Pinang, Sungai Petani, Baling & Sekitarnya.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 

017-4083125 (Firdaus)

POLISH MARBLE, TERAZZO & GRANITE

Servis mengilatkan polish lantai jenis Marble, Terazo & Granite di Kulim & Penang dan Sekitarnya.

Lantai jenis ni terutamanya TERAZO & WHITE MARBLE sering didapati di rumah-rumah lama era 90an, kalau sekarang byk yg dah pakai marble moden. Kebiasaanya apabila sudah bertahun-tahun ia akan kelihatan kusam dan tidak berkilat serta permukaannya akan kasar. Jika dibiarkan terlalu lama contohnya lantai terazo, lantai ini akan rasa berpasir halus kesan daripada batuan kecil tersebut yang sudah retak halus. Kebanyakan tuan rumah SAKIT MATA bila tengok lantai mereka.


Kerja-kerja mengilatkan lantai jenis ini memerlukan ilmu & pengalaman serta skill yang perlu dipelajari oleh seseorang yang sudah lama dalam servis ini secara Face to Face. Bukan satu servis yang mudah dan bukan hentam tengok Youtube pun dah boleh buat dah servis ni. BUKAN ! Sebab pernah terjadi kes apabila dia hanya belajar daripada Internet dan dia promosikan servis polish lantai dan berjaya dapat customer. Selepas 2 hari mereka buat, lantai tersebut tidak kilat dan bercalar banyak, akhirnya tuan rumah nak saman mereka. Tak ka pening kalau mcm tu ?? ADA satu kes lagi tuan rumah nak cari yang murah, tersilap pgl kontraktor yg akhirnya bercalar habis sb diorang guna mata grind besi bercalar habis semua marble & lepastu sapu wax dekat marble. Melekat-lekat jaa bila berjalan walaupun dh kering !!  Jadi jangan cuba klw belum habis menuntut ilmu polishing lantai ni. Step by step perlu di buat untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Untuk 400 sqft sahaja memerlukan masa sehari.








Berikut merupakan hasil testimoni polishing marble @ terazo :-










Gambar-gambar di atas merupakan hasil kerja kami dan anda di luar sana sekiranya memerlukan servis polish lantai, boleh hubungi kami talian di bawah :-

Firdaus - 0174083125 
Facebook- Kulim Cuci-Cuci







CUCI RUMAH AFTER CONSTRUCTION & POST RENOVATION & MOVE IN


Perkhidmatan di sekitar Kulim dan Sekitarnya.

Sepertinya kita tahu, cuci rumah ini terdapat pelbagai dari segi jenis perhidmatannya. Mungkin di luar sana tidak mengetahui bagaimana nak mencari servis yang sesuai dengan kondisi rumahnya..

Maksud dalam bahasa mudah Aftter Construction Cleaning @ Post Renovation Cleaning ialah mencuci rumah yang baru sahaja siap oleh kontraktor perumahan, kontraktor cat dan segalanya seperti pemasangan paip dan wiring. Rumah semestinya kosong, dan tuan rumah belum loading apa2 barang dari segi perabot dan sebagainya. Haa rumah kosong mesti senang nak cuci kan ? Tidak semudah yang digambarkan.

Kebiasannya rumah After Construction @ Post Renovation Cleaning ini dipenuhi denga habuk & debu, taik simen, taik cat dan plaster. Contohnya gambar tandas di bawah, siap ada ketulan taik simen yang besar. Haaa mcm mana nak hilangkan ? Kesilapan tuan rumah apabila mereka panggil servis maid yang dibayar per jam dan ketulan2 simen dan plaster di dinding masih tak dapat ditanggalkan.


Jadi untuk cleaning mcm ni, mesin scrubber perlu turun untuk maksimumkan kualiti kebersihan. Habuk dan debu simen ni memang tebal, tekanan pemberat mesin scrubber ini mampu memudahkan kerja-kerja menanggalkan taik simen dan cat. Mudahkan ? Berbeza dengan servis maid, kadang2 ada servis maid tak bawak alat apa, cuma bawak diri saja dan tuan rumah perlu sediakan alat dan sabun2 mencuci. 





Tuan Rumah cakap sakit mata tengok taik simen ni, dia buat sendiri tak keluar, last2 give up panggil team kami :)


Mengenai harga, harga cucian after construction & post renovation lebih mahal daripada servis maid. Bukan sahaja lantai, kami juga mencuci cermin tingkap, dapur, tangga, kipas dan semua yang boleh dicuci sehingga tuan rumah tinggal nak masuk sahaja. 

Servis Kami di Sekitar Kulim, Pulau Pinang, Selama Perak, Sungai Petani, Lunas dan sekitarnya.

Utk Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami :- 017-4083125 (Firdaus)





CUCI KUSYEN KULIM

Kulim Cuci-Cuci menyediakan servis cucian antaranya ialah :-


1) Cuci Kusyen Kereta

 - Untuk SOP kerja mencuci kusyen, kami menggunakan vacuum extractor Karcher Puzzi 10/1. Proses mencuci mengambil masa 2-3 jam dan proses keringkan kusyen mengambil masa 2-3 jam selepas diblower. Servis ini kebanyakkan kami pergi ke rumah customer di sekitar Kulim, Selama, Penang, Sungai Petani, Baling, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Seberang Jaya dan sekitarnya. Range harga RM80-RM150. Di samping itu, kami juga menyediakan servis interior kereta seperti cucian roof lining, karpet lantai, door panel.


Proses Mencuci Kusyen

Testimoni Sebelum Selepas

Kotoran Daripada Kusyen (Gila Hitam Pekat)

Untuk sebarang persoalan, keraguan anda boleh layari facebook kami Kulim Cuci-Cuci - https://www.facebook.com/dibdotenterprise/ atau hubungi/Wassap 017-4083125








YOUR CLEANING SERVICES

CUCI KARPET OFFICE & MASJID

CUCI KARPET OFFICE  Cuci karpet menggunakan teknik & kaedah yang tepat menggunakan mesin vacuum upright, vertical brush ...